Dia, Kakak


Itu dia, KAKAK.

Untuk yang kesekalian kalinya
jiwa yang masih bernyawa,
aku menulis untuknya.

Dia,
yang selalu memaknakan aku, adek
dalam setiap yang hidupnya
dalam penuh kasihnya.

Dan dia,
selalu ada
untuk seorang adik menagih kasih
untuk seorang adik memadam pedih.


**************

Tika kecilnya kami dua
ada sama segala
  -baju, anak patung, jajan
tak ada pernah bedanya
kalaupun ada ianya
  seluruh pasti, alahnya dia
  untuk adik, katanya
   -walau dalam dada bergetar duka.

Cetera dalam darjah
diajarnya aku menggagah
silu aku tak terbelah,
dan dialah
yang tak pernah kalah
mengejarkan aku dunia untuk diterjah
untuk dilanggar dengan gagah.

Jauhnya kami seawal remaja
yang fahamnya aku akan dunia
masih tidak sesempurna
dimengertikan oleh mata pandangnya,
dan bilamana aku ke merata
tidak ada sama dia
akan lainnya.

Jalan kita dipermudah tidak pernah sama
kerana Tuhan, tahu ertikannya
merangkakan jalannya
penuhi kurang menyerba.

**************

Dia, KAKAK.

Yang meletakkan aku adek dihatinya
masih, mahu aku didondong dia
masih, mahu aku dibujuk dia
masih, mahu aku digeneng dia
kekal, berpupuk masihnya.

Dia,

punca aku masih berdirinya sini
menegak panji-panji yang kadang tertumbang mati
punca aku masih pacak lagi, sini
menyabarkan terik-panas mentari
punca aku masih lagi mencari
mentakbir kasihnya yang abadi.

Dan tiba hari bahgianya dia
seharus, aku yang paling bahgia
seolah Tuhan menjawap doa-doa
memulang apa baginya dia
padaku yang terhingga tiada
yang terbalas tiada
sampai hembus akhirnya aku di dunia.

Sayangnya,

dunia tiada pernah adil untuk bagi aku berasa
untuk sekali-kalinya
berjasa akannya
bila sentapan yang aku ciptakan
bila dikilankan hati dan perasaan
dia.

--------------
Acah,
dengar, adek nukilankan
yang belum pernah dilafazkan
yang hanya didalam jiwa dilagukan
akan perasaan:

"untuk setiap senangnya yang didatangkan kau kepadaku, untuk setiap senyumnya yang didatangkan kau kepadaku, untuk setiap kasihnya yang didatangkan kau kepadaku, untuk setiap sayangnya yang didatangkan kepadaku - adek angkatkan kepada Tuhan, agar dicerapkan semua bahgia-bahgia diri kedalam seluruh penghidupan acah, biar tak tersatu pun ditinggalkan, kerana hanya itu satunya harta yang adek termampukan"



Selamat jadi Pengantin Baru,
sorry, tak balik =[
doakan adek!

Comments

Popular Posts