Jerat

Gelap.

aku terus longlai
mendesah kenikmatan sendiri
aku sadar dan mengerti
namun ku biar perasaan terus lena dibuai
ada sesuatu yang menderu
'ah!tak siapa disisimu'
kupenuhi kemahuan tanpa ragu
ini yang ku mahu
ini hidupku!


Bangkit.

akal menidakkan perlakuan
nafsu menundukkan fikiran
apa yang perlu ku turutkan?
ada sesuatu berbisik padaku
'kau takkan memilikinya'
aku bingung
peluh sangsi bergelumang
takut menyelubung tenang
aku tak mahu kecundang!

Sedar.

hijau epal dinding merona penglihatanku
lidah kelu iringi pandangan kaku
kala itu aku begitu dungu
kabur dengan laku nista
buta dengan palit noda
usah dibilang pengakhirannya
mata sedia memikul genang
kaki diatur melepasi ruang
tubuh akur beku curahan berulang
hati menyuluh peluang
jiwa mencari tenang

Aku terperangkap sekali lagi.



(p/s:..entah..)

Comments

Popular Posts