Apakah?

Tolong hati, suarakan.

Kenapa mahu bersesakan
sedang kau punya jalan
lurus tiada persimpangan
kenapa lagi mahu berkelok berlekuk?



Sedang ia sudah dibukakan.
Terhampar merah nyala laluan
dilindung malaikat beriringan. Kiri kanan.
Apakah tiada lembut dicukupkan pada sutera terhamparkan?
Apakah tiada lencana disemat pada dada-dada perlindungan?

Hati, tolong suarakan.

Apakah bisik-bisik jiwa yang mengganggukan?
Apakah rasuk-rasuk jiwa yang menyesatkan?
Apakah bahgia-bahgia yang dimahukan?
Apakah yang kepuasan syaratkan?

Tolong hati, tolong.

Comments

Popular Posts