Ada, Sentiasa

Tengok bulan saja, teringat Yuna.
Namun,
ku bukan pungguk yang setia menanti sang rembulan
juga, bukan fanatik terhadap Yuna dan lagunya Oh bulan..

Ku cuma satu hayat
yang punya roh dan jasad.
Sampai satu saat,
jasad ini akan berada di lahad.



Tak,
ku tidak mahu bicara tentang Yuna,
tentang bulan dan jasad, tidak juga.

Ia tentang bintang.
Satu cahaya yang bergemerlapan,
di dalam gelap awan,
banyak, dan berserakan.

Ia sekadar bintang saja,
bukan tentang orang termuka,
seperti seniman dan primadona.

Sebentar tadi ku duduk di pintu,
menjiwai angin malam yang menderu.
Tidak boleh tidak,
kepala mesti mendongak.
Pasti saja mencari bulan yang bercahaya
mahupun bintang yang banyak gemerlapnya.

Malam ini,
bulan tiada menerangi gelita sunyi
cuma bintang, hadir sebagai penyeri.
Beberapa saja.
Ada juga,
kelip neon kelihatan
dari sebuah objek bermuncung, punya layar kiri kanan.

Objek bermuncung itu buatku tersenyum,
kapan ku bisa berada didalamnya?
Bintang itu pula buatku menggandakan senyum,
itu kamu ya!

Bintang itu istimewa.
Ia mengingatkanku pada seorang teman lama,
dan ceritanya.
Saat itu juga istimewa.
Ku berpeluang kenal kau tanpa sengaja,
dan berkawan lebih dari teman biasa.

Malam itu,
cuba kau tengok bintang.
Ahaa..
tu, yang paling terang tu.
Kenapa?
tu adik aku.
Kau tersenyum.

Cuma itu, satu
yang masih segar di mindaku.
Yang lain, tiada satu
yang lekat di mindaku.

Segalanya dah berlalu,
walau kita bukan macam dulu,
ku sentiasa ada untuk kamu.

Comments

Popular Posts