Pencuci Kotor

Lontarlah sebanyaknya batu ditanah-tanah itu
bersama sumpahan hina bertalu
dengan pandang jijik engkau pada aku.



Tahukan engkau baju aku ini bersalut perisai perak
dan rangka belulang aku berkaca tiada retak
sahut carut tak buat aku takut pekak
dan aku dah dibutakan dengan pedang tajam pandang itu.

Hati, dah lama mati.
Jiwa, dah selamat dikebumi.

Tertinggal kaki-kaki yang masih mahu berdiri
tangan-tangan yang masih mahu berbakti
membersih kotor lantai dari pijak-pijak;
masih aku masih dengan kasut tapak berbecak.

Comments

Popular Posts