Hai Abang Kacak


Semalam aku naik bas
bukan Delima, tapi Transnasional punya bas.

Sampai Bukit Jalil jam 0930
tiket jam 1100.



Tunggu punya tunggu
singgah kedai dulu
angkat roti Gardenia satu
kotak minuman Milo satu
air mineral Spritzer satu,
dah bayar lantas berlalu
cari kerusi yang disusun macam ular kena palu.
Hah, jumpa satu
belakang sekali
tengah-tengah sekali
oh, memang cantik sekali.

Ishk, buku satu pun tak bawa
bateri handphone tak banyak mana
tak tahu nak buat apa.
Sambil-sambil layan Milo sekotak
mata usha mamat-mamat kacak.

Haha.
Segerombolan mamat-mamat kacak port depan wa.
Siapa? Hah, merekalah yang lu panggil Mat Bangla.
Kacakkah?
Aihh, mestilah.
Lu bilang sama wa,
ada balak lu nak pakai kemeja bila naik bas?
ada pakcik-pakcik lu pakai seluar slack bila naik bas?
ada kawan-kawan lu pakai formal siap tuck-in bila naik bas?
ada lu nak pakai kemas macam tu sambil bawak beg berbondong?

Hah, sekarang jom berfikir.
Abang kacak ni bila kerja
caca-merba segala,
abang kacak ni bila kemana
smart bergaya.
Bau pun dah tak ada
semerbak bau bedak talkumnya.

Wa tak kutuk gaya mereka
wa tak kisah cara mereka
tak kisahlah macammana-apa sekalipun
mereka tetap kacak kerana ada santun.

Lu ada?




p/s: hati jangan busuk, badan pun jangan busuk. haha.

Comments

Popular Posts