Seorang Manusia

Punyai status seorang pelajar
memang bosan dan susah benar!



Mahu disuruh membaca buku
yang tebalnya macam kamus dewan Edisi I
pulak dalam bahasa asing itu
bukunya bukan satu
banyak pulak tu.
Baca saja nanti
final kan lambat lagi!

Ini cerita lain pula
pasal sang tugasan dan kerja
menanti disiapkan pada masanya.
Aduh, habislah hujung minggu kita!
Kalau tak disiapkan segera
habislah markah kita
hancur jugalah result kita.
Oh, tak mengapa
kita bahagi-bahagi kerja
kau buat situ aku buat sana
kan dah tak banyak kerjanya
so, buat esok lusa pun sempat lagi rasanya!

Cakap pula pasal presentation
hah, inilah yang selalu bikin kita tension.
Punyalah kaw-kaw kita buat preparation
mesti tumbang punya bila dengar lecturer punya question!

Ni nak masuk bab test pula
menjajau cari semua nota
tertonggeng-tonggeng menghafal-membaca
makan tidur tolak tepi
duduk diam-diam di meja study
fokus..fokus.. banyak chapter tak cover lagi ni!

Cakap pula pasal pergi kelas
bangun pagi punyalah malas
sekali class rep mesej kelas batal
terus senyum peluk bantal.
Cerita dalam kelas paling seronok
boleh tengok aksi-aksi tersorok.
Lecturer punyalah berkobar-kobar mengajar
kita selalu buat-buat dengar
mengangguk faham kononnya explanation-tu-sangat-clear.
Macamlah lecturer tak tahu
si A mengangguk sambil tersengguk
si B mengangguk sambil mengunyah keropok
si C mengangguk sambil menaip SMS pada handphone buruk.
Ah, banyak sangat ragamnya
jika ada 25 sang ada 25 lah aksinya.

Punyai status seorang pelajar
memang bosan dan susah benar!
Mujur ada sang pengajar
yang tiada bosan mengajar
yang tiada letih berhadapan pelajar yang malas-bosan-susah belajar.


Terima kasih semua pensyarah
tidak terucap kata
tidak tergambar rasa
mengenang semua jasa
yang telah buat kami berjaya
dan lebih dari itu; menjadikan kami seorang manusia.

Terima kasih. Semoga Allah merahmati semua pendidik kami.


p/s: pedih gila perot gua. adess.

Comments

Popular Posts