Musawah

Sejuta kau bahaskan,
tak sama sebutir mereka perkatakan.

Usah jadi biadap
mahu dimomok pandangan mereka,
mahu cakap ikut sedap
dek pengaruh dasar sekular sana.



Kau itu semut,
mereka itu gajah tak berdengut,
fatwanya usah direnggut,
kalau illat tak tersangkut.

Mahu tidak;
dibelah dadamu
oleh pencacai najis tak berilmu
tapi khatam sejuta buku?

Ini ilmu ukrawi,
perlu dalil zanni dan qatie,
tafsirnya jangan semberono saja,
ada cara, ikut tertibnya.

Kau bangun dalam pascamodenisme,
usah diselimuti dekonstruksisme,
berjalanlah diiringi waspada,
tujulah ke arah bijaksana.

Comments

Popular Posts