Anak Gelandangan

Aku duduk-duduk, melepak
bukan berpelesiran,
cuma berehat sambil berbual rancak
bersama sekalian taulan.

Telinga ku pasangkan
teliti setiap butir kata dan ide si polan.
Tidak banyak aku betahkan,
tidak banyak juga aku sampukkan,
banyaknya senyuman ku reaksikan.

Fikir aku lebih kepada apa yang dilihat.
Ya, mataku tajam dan nakal berligat.
Menonton aksi sekalian manusia,
yang menyonsong waktu kehidupan mereka.
Ada yang lekas mengatur langkah, mengejar masa mungkin
ada yang asyik bercakap dengan alat, berkerja mungkin
dan, ada yang berbagai-bagai lagi, dan berbagai mungkin.

Namun si anu ini,
asyik saja matanya.
Duduknya di satu sisi,
tapi mata meliar kemana.
Kadang mulutnya terbuka
entah, tidak dapat ku amati katanya.
Jarang-jarang terukir senyum dibibirnya,
cuma akan ada jika seseorang menghampirinya.

Haha.
Aku tertawa.
Janggal saja bunyinya.
Berikutan rapik si polan di sisi,
ku turut saja tawa karutan yang sendiri tak mengerti.
Jasad ku di sini,
hati ku dibawa 2 meter dari tempat ini,
menyelami geri si anu yang menyendiri.

Mahu saja ku hampiri si anu, duduk bersebelahan
namun, apa akan si anu fikirkan?
namun, apa akan si taulan fikirkan?
dan apa pulak aku punya fikiran?

Dia cuma anak gelandangan.
Cuma, bukan bererti dia mahu aku sisihkan.
Si anu itu, mahu aku jadikan teman.
Si anu itu, mahu aku gembirakan.
Dia memang anak gelandangan.
Tapi aku mahu apa yang si anu rasakan.
Dia memang anak gelandangan.
Tapi aku mahu apa yang si anu fikirkan.
Dia memang anak gelandangan.
Tapi aku tahu si anu seorang manusia yang punya kehidupan.

Si anu ini bukan yang pertama,
bukan yang kedua, ketiga dan seterusnya,
yang mahu aku duduk disebelahnya.
Asal ada saja masa aku melepak,
ada juga si anu yang aku nampak.

Mungkin aku harus walau sekali,
turuti kata hati,
duduk bersebelahan si anu ini,
bukan kerana dia anak gelandangan,
tapi kerna dia manusia yang ada kehidupan.




p/s: serabutnya hari ni.

Comments

Popular Posts