Celaru

Akal aku karut-marut.
Mahu saja ku mencerutu,
agar mati sel yang tercerut-cerut.

Ya, aku ini tidak kebal
hati asyik rasa sebal.


Ahh kau!
ralit dengan rasa dongkol.
sampai sudah, orang bilang kau tak betul!

Tidak cukup hati baik
yang kau ikutkan naluri zindik.
Hari-hari jiwa kau didik
tapi iman makin lembik.

Pergi celaru, pergi,
bantu aku jauhi jalan ini.

Comments

Popular Posts