Putih Warna Buatmu



Mereka melihatku dari jauh.
Aku bersahaja.
Siapalah aku, cuma insan biasa.
Menerus hidup, ikut caturan dunia.



Mereka melihatku dari jauh.
Seketika aku tersapa.
Pandangan itu penuh makna.
Ku mula canggung, muka membera.

Mereka melihatku dari jauh.
Sekali pandang, sekelonet rasa kasihan.
Dua kali pandang, sejemput rasa kasihan.
Bila hati memandang, segenap jiwa rasa kasihan.

Mereka melihatku dari jauh.
Selangkah, ku mendekati mereka.
Ku panjangi langkah, ku hampiri mereka.
Kini, sedikit ku jejaki mereka.

Mereka melihatku dari jauh.
Dah dekat, baru ku tahu segala.
Pandangan penuh makna.
Harapan yang tinggi, didalamnya.

Mereka melihatku dari jauh.
Sungguh,
ku juga mahu mereka berasa,
tidur yang lena
keluarga yang bahgia
gelak-tawa sama teman yang ceria
mencipta kenangan yang manis belaka
dan, melihat indahnya dunia.

Mereka melihatku dari jauh.
Hari-hari ku mendengarkan kisahmu.
Hari-hari ku melihatkan deritamu.
Hari-hari ku menghidu jerih perihmu.

Sampai sudah kau melihatku dari jauh.
Namun masih tak ku kesampaian.
Bukan ku tak mahu penuhi harapan,
juga tak mahu kau rasa terkilan.
Cuma, ku tak punya kemampuan.

Percayalah,
ku sentiasa doakan
agar kebahagiaan milik kalian
agar kemenangan milik kalian
agar syahid milik kalian.

Comments

Popular Posts