Ceritera Cinta KK + FM!

ku dedikasikan ini buat teman, JAH.

Duhai Kekasihku FM, yg dirindu
masih kau ingat kisah cinta kita dulu?
yang kau rahsia dari ketahuan
sudah ku pesan, bilang saja pada teman
tapi kau enggan, kerna kau segan

kerana kasih aku turuti
kerna kau kekaseh hati
namun, jelas mereka memerhati
mesra kita yang kian berputik
memutik kasih menjadi mekar
mekar menjadi kuntuman segar
dan mereka akhirnya terhidu
wangian kasih cinta beradu
antara kau dan aku.
kini, semuanya sudah tahu
dan kita saling merindu
tanpa batas ruang dan waktu
kau milikku
dan aku milikmu
segalanya indah belaka
saat kita berkongsi suka
saat kita menangisi duka
saat kita bergelak tawa
dan yang teristimewa
saat kita saling bertentang mata
kau tersipu, dan aku malu
oh kekasihku!
apa kau masih ingat semua itu?
dan aku biar mereka tahu
yang cinta aku hanya untuk kamu
yang aku mahu kahwini kamu
yang aku mahu anak bersama kamu
apa kau masih ingat semua itu?
ah! aku terlalu sayangkan kamu!

****************************


Duhai kekasih lamaku, KK
cinta kita tidak sampai ke akhirnya
wajah di atas bukan bermaksud ku gembira
ia sekadar hiasan semata
ku sudah membuat keputusan
si budak BANDAR menjadi pilihan
bukan kerana namamu yang kekampungan
tapi kerna jodoh yang tak kesampaian.
Ku masih ingat wahai kekasih lama!
aku sengaja melupa segala
apabila teman mula bertanya
masih jelas terasa
lantas ku carimu di bukumuka
tapi aku berduka
tiada bertemu kamu di sana.
ohh KK kekaseh lama
apa kau bisa lupa semua?
kita bermula semula
bukan kekasih tetapi teman biasa
teman yang bisa bersama
untuk kongsi suka duka
dan ku tak bisa
biar kau terus terluka
kerna ku akur, di hati masih ada suka!

Comments

Popular Posts