Daif

Diam seribu bahasa
kekalutan berselerak di minda
persoalan hati dan jiwa
antara aku dan Dia
cuba ku baluti segalanya
dengan manisan pala
ku kambus lohong yang terbuka
dan ku bina runtuhan bata
masih belum terjawab dasarnya
Daif!



Masih diam seribu bahasa
menanti sinar untuk bahagia
yang hadir cuma cahaya
merosakkan kerana terangnya
membinasakan kerana silaunya
persoalan masih tiada jawapnya
Daif!

aku daif!
terus-terusan kaku dan bisu
menutup reput dibalik jati
melindung karat dibalik besi

cukup sekadar detik itu
aku mahu kembali ke tempat asalku
agar ku bisa tanggal topeng di muka
agar ku bisa berdiri di alam nyata

Kau saja yang mengerti
bawalah aku pergi dari selubung ini
berikan aku kehidupan berganti
aku tak mahu pergi dalam keadaan begini
tunjukkan aku jalan kembali

Comments

Popular Posts