Memori: Selamat Ulangtahun

Kalau hati ini terbelah,
sebahagian padamu kuserah.

Agar sentiasa ada, hadirkan
segenap memori hidupmu, diraikan.

Sebagaimana gelisahnya langit Disember,
sebegitulah resahnya jiwaku disambar.

Moga kasih setia menantikan,
moga kejauhan ini tidak memisahkan.


Selamat ulangtahun, dari kejauhan,
semoga selalu dipeluk rahmat Tuhan. -AA

Comments

Popular Posts