3-steps to Scanography.

Aku pernah buat post pasal Scanography. (klik sini)

Bajet nak buat 1 volume untuk hasil scanography masih belum terlaksana selepas tergendala few years before. Aku bukan apa, temanya bunga, kadang-kadang tak sampai hati nak petik bebunga mak yang malu-malu nak keluar.

Seronok sebenarnya buat scanography (atau pengimbas-grafi) ni. Lagi-lagi untuk orang macam aku yang belum ada kemampuan untuk membeli DSLR. Semacamnya fotografi, scanography juga memerlukan alat teknologi tinggi yang juga memerlukan sejumlah wang & kemampuan untuk membelinya, iaitu scanner. Takpe, boleh pinjam sebab yang ni pun aku guna abang aku punya.

1.
Kotak bahagian dalam perlu dibalut sempurna dengan kertam hitam (sugarpaper) supaya nanti cacat cela, gangguan warna untuk background tidak terlihat. Putih pun boleh, tapi hitam lagi cantik. Mungkin aku lagi suka hitam.

2.
Hidupkan scanner. Ambil sebarang objek yang kita nak di-scanography kan. Sebab aku nak tema bunga, maka bunga-lah yang perlu diletak atas screen tu. Susun/letak ikut kreativiti sendiri. Kalau boleh benda keringlah. Benda tak kering pun boleh asalkan tak menjahanamkan scanner yang kita pinjam tu. Dah rasa elok cantik terletak bunga/barang tadi atas scanner, sila tutup screen tadi dengan kotak (1) yang sebelah dalamnya menghadap screen.

3.
Scan. Dan dapatlah hasilnya.
Hasil fotografi tanpa menggunakan kamera. Hebatkan?

Ini hasil kawan aku buat bila aku ajak dia buat (klik sini). Aku sendiri punya hasil? Sila klik tag Scanography kat sebelah kanan tu. Adalah 1-2. Nanti-nanti aku kasik upload ek.

Comments

Popular Posts