Untuk Mereka

Untuk mereka yang tak pernah merasa senangnya kita sekarang.

Ketahuilah,
lukamu yang menangis darah
badanmu yang terkerat parah
duniamu yang berpecah musnah

lebih manis,
dari kami yang menangis kerana harta
dari kami yang meluka kerana cinta
dari kami yang kehilangan kerana dunia.

Sungguh, kita manusia ini alpa
mahu disergah baru berjaga.

Dan sesungguhnya mereka yang berjaga itu
kuatnya, jitu
arahnya, satu.



Untuk kita yang dilahirkan dimuka bumi untuk menjadi manusia, mereka juga. Kita tak dibezakan oleh apa-apa, kita bermula sama -hidup, dan kita akan berakhir sama -mati.

Comments

Popular Posts