Wasiat

Kalau aku penyumbang yang ada banyaknya maksiat
terus - jangan diuji aku sebegini tak kuat
dari jasad ini segerakanlah roh disiat.

Kalau aku pembawa kepada cepatnya akhirat
terus - jangan terbiar lihat lagi aku teruji hebat
segerakan ambil roh dari jasad terlekat.

Ini wasiat atas mahu kepergian cepat
kerana badan hilang larat, dukung dosa berat.

Comments

Popular Posts