Simpankan

Ada perkara perlu kita diamkan
ada perkara perlu kita simpankan
ada perkara perlu kita tak disuarakan.

Ini bukan satu keperluan
tapi sebahagian realiti kehidupan.



Kehidupan;
perlunya dirempuh panjang perjalanan
dihadapkan pula liku dan cabaran,
harus terus mencari keredhaan
sebelum sampai penamat jalan - kematian.

Selalu kita bertemu kebahagiaan
tapi tiada pernah dikekalkan,
baru bermesra sudah perlu mengorak sila
baru berkenalan sudah mahu mengincitkan
yang berputik sementelahan,
tiada sempat bersayang-sayangan.

Jangan kau tolakkan ketentuan
jangan kau badikan nasib badan
jangan kau tundingkan suratan,
ini memang namanya penghidupan.

Ia satu keistimewaan
membentuk jati kekamilan insan
agar terbentuk mulus nurani dalaman,
dan abadi di dalamnya erti kebahagiaan.

Ada perkara yang perlu kita diamkan
ada perkara yang perlu kita simpankan,
usah suarakan.

Comments

Popular Posts