Merafak

Di pengakhiran waktu
biar si daif ini bertekur sampai kaku,
biarlah pandangnya dirunduk mengadap satu
biarlah bertekuk lutut sampai kejur-kejat
kerna hati sudah pegang erat-erat, kuat-kuat
mahu dicapai digenggam dipeluk kurniaan
di malam-malam penghabisan.

Tetapkan hati-hati sang daif ini, wahai Tuhan,
agar terus merafak syiar penghujung malam-malam Ramadan.

Comments

Popular Posts