Kencong

Kalau dulu menjurus sadik
sekarang kenapa mahu membalik?



Yang molek udah digarap
kenapa lihat membiar ditengkarap?
Sikit-sikit, tak apalah.
Sikit-sikit, terpaksalah.
Sikit-sikit
bertambah sedikit, sedikit,
kan nanti tetap membukit.
Hah, kalau sampai memungguk
siapa, macamana - nak menarah teruk?

Usah gamak-gamak seperti menyambal
usah tumpul otak seperti dibebal
usah rosak bawang ditimpa jambak
kasih tidak bersekutu dengan bijak,
biar bodoh bersuluh asal tak bijak terpijak
biar hitam dari putih bercercak.

Biar terpelesat jelat
dari senyum dalam kelat.

Comments

Popular Posts