Kasihan atau Kasihkan?

Terlontarnya batuan di permukaan,
air berkocakan.

Fikir ini bergolakan
bak bening air membentuk bulatan
terngiang kesan lontaran batuan
tercebis riak-riak berpercikan.

Haih.



Sungguh, susah buat keputusan
susah ambil tindakan
susah memikirkan.

Bukan mahu menolak bahagia di hadapan
tapi tak sanggup dibiar keterbukaan satu ruang jalan,
memang ia tak menjanjikan
tapi digasak keperluan
diganyah keinginan.

Aduh.
Mana yang harus diturutkan?
Sama orang aku kasihan
sama badan aku kasihkan.

Comments

Popular Posts