Panas

Aku ini seorang yang berangin-anginan.
Baran.

Mungkin kau orang jarang-jarang,
kadang-kadang,
adakala, tekoh tengok aku meradang.



Tapi sumpah,
aku ini lekas marah
mudah naik darah
pemberang
perampang
ah, semualah.

Kau boleh tengok aku marah dengan barang
cepatlah aku berang
memang
kalau barang tu dalam tangan
kalau barang tu ada di depan
tiada halangan,
memang kena lempar, biar hancur berhamburan.

Tapi lain kalau aku marah sama orang.
Aku lagi suka diam
aku pendam
aku simpan dalam dalam
aku tahan
aku tak mahu ikut cakap syaitan
ah, paling tidak pun aku mesti buat muka tertekan.

Marah tu menyakitkan.
Kalau kau luahkan
hati sendiri yang pedih, kan?
Kan lebih baik kau diamkan.
Nanti lama-lama kau dah boleh lupakan
hah, senang kan
tak payah bercarutan
tak payah bertengkingan
tak payah bergaduhan
tak payah bertengkaran.

Oke.
Kalau aku diam saja
jangan tanya kenapa.

Comments

Popular Posts