Malam

Malam-malam semakin panjang
dan mimpi-mimpi semakin hilang.



Sudah gelap
kenapa tak mahu lelap?
Pusing kanan, gelap.
Pusing kiri, gelap.
Meniarap, gelap.
Terlentang, gelap.
Menonggeng, gelap.
Pun belum lelap.
Aduhh, mahu kuak kupu-kupukah?
Suara cengkerik pun dah hilang
semut pun dah kembali ke sarang
dah berkali-kali bunyi kapal terbang
orang sebelah pun dah berhenti melolong-suara-sumbang
jalanraya pun kosong tiada kereta lalu-lalang
pun..biji mata masih membuntang.


Malam,
kembalikan lenaku yang panjang
agar diulit mimpi-mimpi tenang.

Comments

Popular Posts