Berhenti Berharap

Pertama.
Ku terima saja
Tanpa kata dan bicara.
Dan, dengan senyum mesra.

Kedua,
Ku cuba mengelak
Dengan ragam dan tindak.
Dan, menunjukkan mahu tidak.



Ketiga,
Ku paksa diri
Dengan ikhlas tiada di hati.
Dan, mesra sudah tiada lagi.

Kemudian,
Ku sudah bosan.

Seterusnya,
Ku harus ambil tindakan.
Dan baru kau jelaskan.
Ku menjawap terang-terangan.
Dan kau berlalu tanpa pesan.

Harus kau tahu,
cara bukan seharus begitu,
kau bertanya bukan pada aku,
tapi hati mau aku,
kau meluahkan bukan pada aku,
tapi hati mau aku.

Ku telah berikan jawapan
dan kau terkilan.

Dan kemudian,
kau suarakan
segala luahan
pada teman.

Ku paham,
kau punya hati dan perasaan.
ku punya hati dan perasaan,
kau faham?

Dia pilihanku, tetap.
Tanpa dia ku meratap.
Tolong, berhenti berharap.

Comments

Popular Posts