Aku Juga Punya Mimpi

Angan selalu digendong
dalam meniti laluan fana
walau berat tak tertanggung
bahu langsung menggalas setia


Khayalan selalu dicipta
dicoret tanpa sekat masa
disunting sebelum lena
lalu tercipta kamar maya

Imaginasi terbina sendiri
daya khayal menjulang inspirasi
ilham menggerak hati
menjadi wawasan pembangun diri

Aku tersenyum sendiri
mahuku tidak berbelah bagi
tetap mahu ke sana
apa bisa aku mencapainya?


Aku juga punya mimpi!

Comments

Popular Posts